MATLAMAT GAPUMA


FASAL 4 MATLAMAT
4.1  UTAMA
4.1.1 Menyatukan umat islam seluruh dunia dan mengembalikan kegemilangan Islam serta memastikan umat islam diseluruh dunia bersatu menentang penindasan kepada umat islam.
4.1.2  Menyatukan pakar-pakar Al-Quran dan Hadith untuk menjadi tempat rujukan mutlak tentang sesuatu tindakan agar selaras dengan tuntutan Allah S.W.T.

4.2 POLITIK
4.2.1 Mengumpulkan pakar-pakar politik Islam dan menjalankan gerakan Amal Maaruf Nahi Mungkar diperingkat pemerintahan dan menjadi badan yang menilai sesuatu tindakan pemerintah dan ahli politik agar sesuatu tindakan itu berteraskan Al-Quran dan Hadith.
4.2.2 Menjadi suara pengkritik yang berkesan menentang keras amalan memfitnah dan membuka aib seseorang dalam politik sehingga memecahbelahkan ummah.
4.2.3 Bertindak menjadi badan yang memantau perjalanan politik negara dan dunia agar sentiasa berlandaskan Al-Quran dan Hadith.


4.3 EKONOMI
4.3.1 Mengumpulkan pakar-pakar ekonomi Islam dan memantau kegiatan ekonomi dan merangka pelan ekonomi berlandaskan Al-Quran dan Hadith.
4.3.2 Memantau agihan bantuan dan kekayaan menyeluruh dan adil berdasarkan perintah Allah S.W.T.
4.3.4 Menghentikan kebergantungan ekonomi kepada pihak luar yaitu pihak yang berpotensi menentang Islam dan memastikan umat Islam mampu berdikari.

4.4 UNDANG-UNDANG
4.1.1 Mengumpulkan pakar undang-undang Islam bagi menjadi tempat rujukan dan bertanggungjawab menjalankan kajian dan mendedah kan kepada ummah berkenaan kaedah dan kewajipan pelaksanaan undang-undang yang diperintahkan Allah S.W.T.

4.5 DAKWAH DAN PENDIDIKAN
4.5.1 Menyatupadukan  pendakwah,ulama,ilmuan dalam pelbagai cabang ilmu untuk menyebarkan agama islam dan memacu kegemilangan ilmu dalam masyarakat Islam dan menjadi golongan pelopor ilmu dalam semua bidang ilmu.
4.5.2 Melahirkan masyarkat yang meraikan perbezaan pendapat yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith.



4.6 MEDIA
4.6.1 Menjadikan media medan penyampaian ilmu dan teladan
4.6.2 Mewujudkan pengamal media yang menyampaikan kebenaran dan menyiarkan perkara-perkara yang mematuhi kehendak Islam.
4.6.3 Memberi hiburan-hiburan yang dibenarkan syarak sahaja.

4.7 JIHAD
4.7.1 Melahirkan ummah yang berjiwa berani menegakkan maruah agama islam serta berjuang di jalan Allah S.W.T. serta membantu saudara islam yang ditindas dan dizalimi walaupun berkorban nyawa.
Dipetik dari Perlembagaan GAPUMA.