LOGO

Lampiran A – Lambang, Cogan Kata dan Dasar GAPUMA
1.0 LAMBANG
1.1 Lambang GAPUMA adalah seperti dikepilkan. Ia merupakan
sebuah logo yang merangkumi tiga bahagian: Sebuah panji berwarna hitam berkibar yang tertulis Kalimah Syahadah dan sebuah “glob” atau “dunia” dibelakangnya Serta nama pertubuhan didalam kotak merah bibawah keduanya.
1.2 Makna lambang GAPUMA ialah seperti berikut:
1.2.1 Panji Hitam yang tertulis Kalimah Syahadah berkibar dihadapan  “glob atau dunia” yang bermaksud Islam menguasai dunia serta  Tanggungjawab Hamba Allah untuk bersatu menegakkan Tauhid di seluruh alam.
1.2.2 Panji yang bewarna hitam bermaksud ketegasan dan Kalimah Tauhid berwarna putih bermaksud Tauhid yang suci.Cantuman ini bermaksud tegas dalam menegakkan kalimah Tauhid yang suci.
1.2.3 “Glob atau bumi” bermaksud matlamat pertubuhan memastikan Kalimah Tauhid tertegak diselurah alam dan penyatuan umat Islam seluruh dunia.
1.2.4 Nama pertubuhan didalam kotak merah bermaksud semangat pertubuhan dan sanggup berkorban nyawa demi Allah.
 2.0 COGAN KATA
2.1 Cogan kata GAPUMA ialah “Solatku,Hidupku dan Matiku Hanya Kerana Allah”.
 3.0 DASAR
3.1 Dasar GAPUMA ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur’an, As-Sunnah.


Dipetik dari Perlembagaan GAPUMA.