Sunday, 1 January 2012

MARILAH KITA BERSATU!!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Marilah wahai manusia yang mengucapkan kalimah syahadah kita satukan hati kita, kita kukuhkan kekuatan kita, kita jadikan jiwa kita seperti jiwa para sahabat yang begitu kukuh mempertahankan akidah, mempertahankan umat Islam seperti firman Allah "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."(61/4).

Kita mulakan dengan langkah pertama kita iaitu kita satukan jiwa rakyat Malaysia dalam masa yang sama kita berusaha satukan umat Islam di Malaysia dengan Umat Islam di Thailand, kita cari jalan menyatukan Umat Islam di Kemboja dan Indonesia, bila sudah kukuh persaudaraan ini kita wujudkan perjanjian taat setia antara semua umat Islam di nusantara ini, setelah itu kita luaskan ke negara-negara Arab. Pelajar-pelajar kita banyak di serata dunia dan mereka boleh menjadi agen penyatuan ini. Wahai umat Islam, berilah bantuan anda dalam usaha ini, luangkan sedikit masa mengumpulkan hati-hati ini ke satu arah,ke satu matlamat yaitu mengembalikan kegemilangan Islam, anda sekali-kali tidak akan rugi.

Seperti firman Allah "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (61/10).

"(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,"(61/11).

"niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar."(61/12).

Ingatlah, jangan sekali-kali kita berpecah-belah kerana itulah matlamat musuh kita, mereka tahu apabila umat Islam berpecah umat islam sendiri akan lemah, mereka meracuni fikiran pemimpin-pemimpin Islam supaya tidak bersatu, mereka limpahkan kemewahan dan hiburan supaya umat Islam sayang dan cintakan dunia lebih dari syurga yang Allah janjikan, mereka jadikan demokrasi sebagai alat untuk pemimpin dalam negara berpecah-belah, saling melagakan sehingga terlupa tanggungjawab sebenar, mereka wujudkan hak asasi yang kononnya hak kebebasan, perhatikan ketika ini telah ada umat Islam yang menyamatarafkan agama Allah ini dengan agama lain!!!! Inilah matlamat mereka tentera dajjal!!!! Bukanlah salah demokrasi itu tetapi perlulah kita sentiasa berada dalam landasan Al-Quran dan Hadith supaya kita mampu menjadi umat yang dihormati!!!
Biar mereka lihat keunggulan kita apabila kita bersatu.

Bukalah minda anda, mereka itulah tentera dajjal, buat apalah kita berbalah bertikam sesama kita sedang fitnah mereka menular ke seluruh pelusuk dunia.Merekalah penyelamat palsu!!!! Kembalilah wahai orang beriman kedalam saff,luruskan dan kita bergerak bersama. Lupakan perbalahan serahkan pada Allah.

Seperti firman Allah."entang sesuatu apa pun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nya lah aku bertawakal dan kepada-Nya lah aku kembali.".(42/10)

kepada sesiapa yang ada cadangan untuk melaksanakan hasrat diatas sila emailkan kepada : penyatuanummah@gmail.com bantulah kami menyatupadukan ummah.

Friday, 30 December 2011

BERSABARLAH PARA PEJUANG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya mewakili GAPUMA banyak menerima tohmahan mengenai usaha kami yang kecil ini, tapi tidak mengapa sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri pernah dicaci dan dilempar dengan batu, inikan pula kita manusia biasa. Mungkin ramai yang tidak faham tujuan kami, kami bukanlah ingin melahirkan pengganas tapi kami ingin mendidik umat islam yang begitu santun terhadap saudaranya, begitu berpengang pada janji tetapi bila soal agama jadi taruhan umat Islam perlu bangkit sebagai umat yang kuat dan mempunyai hati seperti keping-keping besi!!!

Maaf pada yang berkenaan, pada pandangan GAPUMA Umat Islam bukanlah rakyat Malaysia sahaja sebaliknya seluruh dunia adalah saudara kita dan kami amat berpegang pada prinsip "Solatku, Hidupku Matiku hanya kerana Allah" dan kami hanya takutkan Allah S.W.T.Impian kami ingin melihat Islam bersatu padu dan hidup bagaikan saudara. Bukankah Rasulullah S.A.W juga berbuat demikian dalam peristiwa hijrah? Dan itu memang kewajipan kita mengikut apa yang Rasulullah S.A.W lakukan...

Buat pejuang Islam diluar sana, bersabarlah, mohonlah pertolongan Allah S.W.T. Setiap yang mengaku beriman itu pasti akan diuji. Memang tak ramai akan bersama kita kerana mereka tidak memahami, wahai pejuang bertaqwalah kerana pertolongan Allah pasti tiba.




Thursday, 29 December 2011

MEMACU KEGEMILANGAN UMMAH


SALAM PERSAHABATAN

Kita leka dengan kemakmuran yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita,kita hanyut dengan kemewahan dan harta benda kita, Tidakkah kita kenang saudara kita di serata dunia? Masih ada yang dizalimi, masih ada yang tertindas, masih banyak yang kebuluran.
Ya!memang kadang-kadang,ada jugak yang jarang-jarang, itupun sekadar yang dipaparkan oleh media massa…..sedihla kita sebentar….lepas tu? Macam biasa kita balik pada kehidupan biasa, sedangkan mereka? Hilang suami, hilang anak, hilang tanah, maruah dipijak….Syukur kepada Allah S.W.T mereka yang syahid dikurniakan syurga Allah S.W.T ….itulah anugerah yang tiada nilainya….kita?
Cuba renungkan, sekiranya kita ditempat mereka? sedangkan manusia lain  yang mengaku beriman dan bertaqwa Cuma sekadar mengutuk, ada apa dengan kutuk? Zionis Cuma tersengih tengok kita dijalanan. Baiklah, kita cuba cara lain,boikot…..berkesan ke? Tanya diri anda sendiri….Tapi kalau disekat terus dari Zionis dan ProZionis laburkan perniagaan di sini mana lebih berkesan…? Kita memang tak boleh buat secara individu, tapi kerajaan…? Tak boleh ke…? Tanya diri anda sendiri!
Fikirlah sedalam-dalamnya berapa juta rakyat Malaysia yang beragama Islam…? Berapa ramai penduduk bumi yang beragama Islam…? Kenapa kita mesti bertelagah sedangkan ada yang lebih utama untuk kita selesaikan….? Takutkah kita ekonomi jatuh…? Takut tak cukup makan…? Bukankah rezeki itu Allah dah janjikan….Adakah kita tak yakin dengan dengan janji Allah S.W.T? kalau tak yakin Janji Allah S.W.T tak malukah pada Allah sedangkan kita mendabik dada mengaku beriman!
Fikir lagi dalam……,kalau sebab takut ekonomi jatuh jadi penghalang,layakkah kita menjadi tentera Allah?!! Kalau seruan Jihad datang kepada kita yang menuntut nyawa kita adakah kita sanggup….??!!
Kenapa…???!!! Takut…??!!! Tak sanggup tinggal rumah bertingkat-tingkat, tanah, harta benda dan anak isteri…??!!!Bukankah Allah dah janjikan rezeki untuk mereka…..??
Satu suara takkan merubah apa-apa tapi kalau umat islam seluruh dunia? Percaya dan yakinlah wahai umat Islam,Allah S.W.T dah janjikan kemenangan untuk agama suci ini,Tapi adakah kita hanya penonton…??!! Janganlah hanya sekadar mengutuk, itu hanya buat Zionis Laknatullah itu bertambah lebar sengihnya…
Mereka akan berkata ; itukah Islam? Yang dulu begitu gagah perkasa menghayun pedang ke batang leher mereka kini hanya mampu menghayun sekeping manila kad……????!!!
Baiklah, sudah terbuka minda anda? Sudah berkobar semangat fisabilillah?
Marilah kita mulakan langkah pertama; iaitu kita gabungkan,eratkan biar kita jadi seperti tembok kukuh yang tak bias tumbang!!! Ramai-ramai kita hentikan perbalahan, kita satukan hati hati kita, kita satukan gerak kita memacu kegemilangan Islam!!!!